Friday, January 16, 2009

kezaliman Israel di Bumi Anbia

Yahudi tak suka melihat kita mengamalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam sehingga dari kalangan orang-orang Islam itu mengikuti ajaran mereka yang sesat itu..

Sudah sekian lama kezaliman israel laknatullah terhadap ummat Islam bukan di bumi biasa tetapi di bumi anbia dan juga dalam tanah haram Al-Aqsa..dalam kawasan masjid al-Aqsa di anggap oleh ummat Islam adalah tempat paling mulia selepas daripada masjidil Haram dan masjidil Nabawi..kekejaman puak-puak yahudi meruntuhkan dan membunuh orang-orang muslimin untuk menyakiti seluruh ummat Islam di dunia ini...

apa tanggungjawab kita? tindakan kita sekarang adalah dengan memboikut barangan keluaran yahudi dan sekutu-sekutunya..tidak lupa juga kita doakan untuk saudara2 kita di sana..




Saturday, January 10, 2009

Badar Kubra-bhgn ke 2


KEKUATAN TENTERA MAKKAH

Kekuatan tentera Makkah terdiri dari seribu tiga ratus (1,300) askar pada permulaan, dengan seratus ekor kuda, enam ratus perisai, manakala unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat dipastikan anggaran dengan terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu Jahal bin Hisyam, makanan dibekal oleh sembilan orang kenamaan Quraisy, mereka menyembelih kadangkala sembilan atau sepuluh ekor unta sehari.


PERSOALAN KABILAH-KABILAH BANU BAKR

Semasa tentera Makkah mula bergerak, Quraisy teringat permusuhan dengan kabilah-kabilah Banu Bakr, mereka takut kabilah ini akan menikam mereka dari belakang, jadi mereka akan tersepit di antara dua musuh, hampir-hampir permasalahan ini melemah dan menggagalkan usaha mereka, tetapi iblis telah menjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik Ibnu Ja'syam al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah, dengan menyeru kepada mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak akan menyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang dengannya.


TENTERA MAKKAH BERGERAK

Setelah itu mereka pun bergerak keluar dari Makkah, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah yang bermaksud:
"Dengan penuh lagak sombong menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, serta mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. "
(al-Anfal: 47)
Dan mereka mara ke hadapan sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dengan hadis yang bermaksud:
"Mereka mencabar Allah dan RasulNya dengan segala tenaga dan kekuatan persenjataan mereka."
Menepati firman Allah yang bermaksud:
"Dan bergeraklah mereka pada pagi itu, penuh kepercayaan yang mereka akan berkuasa, bagi menghalang kaum miskin".
(al-Qalam: 25)
Langkah-langkah mereka penuh ta'sub, hasad dengki, dendam kesumat dan iri hati ke atas Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, lantaran para sahabat ini berani mengancam kabilah mereka. Mereka bergerak secepat kilat ke arah utara menuju "Badar", dengan melalui "Wadi Asafan", ke Qadid kemudian ke Juhfah, di sana mereka telah menerima berita baru dari Abu Sufian yang menyebut: Sebenarnya kamu keluar ini untuk menyelamatkan kabilah kamu, orang-orang kamu dan harta kamu, tetapi kini kita telah diselamatkan Thhan jadi kalian bolehlah pulang.


KABILAH DAPAT MELEPASKAN DIRI

Kisah Abu Sufian dan Kabilah yang melalui jalan utara itu adalah amat berjaga-jaga dan waspada, beliau menambah lagi gerakan merisik, sebaik sahaja mereka menghampiri "Badar" beliau mara ke hadapan mendahului kabilah, di situ beliau menemui Majdi bin Amur, Abu Sufian bertanyakan beliau mengenai tentera al-Madinah, jawab Majdi: "Aku tidak melihat seorang pun dari mereka yang diragui, cuma tadi ada dua orang penunggang telah berhenti di bukit itu, setelah minum air bekalan, mereka pun beredar dari situ", Abu Sufian pun segera ke tempat dua penunggang berehat tadi, beliau mengambil najis unta tunggangan dua orang penunggang yang singgah di situ, kemudian beliau memecahkan najis dan memeriksanya. Tiba-tiba beliau mendapati najis itu mengandungi bijian, maka kata beliau: "Demi Allah ini adalah makanan binatang dari Yathrib, segera beliau kembali ke kabilahnya, dengan itu beliau memalingkan pergerakan kabilahnya ke arah pantai sebelah barat, meninggalkan jalan utara ke Badar yang di sebelah kiri. Dengan itu kabilahnya terselamat dari terjatuh ke tangan tentera al-Madinah, sebab itulah maka beliau mengutus surat kepada angkatan tentera Makkah, yang mana mereka menerima suratnya itu semasa tentera Makkah telah berada di al-Juhfah.


TENTERA MAKKAH BERCADANG UNTUK BERPATAH BALIK DAN KERETAKAN DALAM BARISAN KEPIMPINAN MAKKAH

Setelah tentera Makkah sedang berada di Juhfah menerima perutusan dari Abu Sufian, mereka pun bercadang untuk kembali semula ke Makkah, tetapi pemimpin taghut Quraisy Abu Jahal yang sombong, bongkak dan takbur bangun menyeru: "Demi Allah kita tidak akan pulang kecuali setelah kita sampai ke Badar, di sana kita akan berkhemah tiga malam, kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya, minum khamar, dan kita berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan itu kita akan di dengar oleh bangsa Arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita, seterusnya mereka akan gerun dengan sikap kita itu untuk selama-lamanya".
Bercanggah dengan Abu Jahal, al-Akhnas bin Syuraiq telah mengeluar pendapat dan bantahan untuk pulang ke Makkah, namun mereka tidak bersetuju dengannya, untuk demikian beliau menarik diri untuk pulang bersama-sama kabilahnya Banu Zuhrah, al-Akhnas merupakan sekutu Quraisy dan ketua Kabilah Banu Zuhrah di dalam gerakan ketenteraan ini, lantaran itu tiada seorang pun dari Banu Zuhrah yang menyertai peperangan Badar, kekuatan mereka lebih kurang tiga ratus (300) orang, Banu Zuhrah amat gembira dan berpuas hati dengan pendapat al-Akhnas bin Syuraiq itu, hingga dengannya beliau menjadi tokoh pemimpin pilihanny a yang didengari, ditaati dan dihormati.
Banu Hasyim pun hendak pulang juga, tetapi Abu Jahal berkeras dengan mereka, katanya: "Kamu tidak boleh bercerai dengan kami, ikut kami hingga kami pulang". Dengan itu tentera Makkah pun rnara ke hadapan dengan kekuatan tentera seramai seribu orang askar, selepas penarikan diri oleh Banu Zuhrah, menuju Badar, angkatan Makkah bergerak hingga sampai hampir ke Badar, di sebalik guar (tanah tinggi) di lembah "al-Udwah al-Qaswa" bersempadan dengan lembah Badar.


PENDIRIAN TENTERA ISLAM YANG KRITIKAL

Risikan tentera Madinah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w yang pada ketika itu masih lagi berada di "Wadi Zufran" mengenai kabilah dan angkatan tentera Makkah, hasil analisa dan perkiraan bahawa pasti sudah tidak dapat dielak lagi pertumpahan darah. Di dalam suasana ini sudah tidak dapat tidak, harus mara ke hadapan dan semestinya tidak boleh berundur, kemaraan harus pula didasarkan kepada keberanian, kecekalan, keperwiraan dan ketegasan, tidak syak lagi kalaulah dibiarkan tentera Makkah bermaharajalela di daerah ini, ianya akan menjadi alasan dan dorongan kepada Quraisy untuk terus berkuasa, malah akan merupakan penerusan kepada kuasa politiknya, di masa yang sama akan melemahkan kredebeliti umat Islam dan kuasanya, malah mungkin akan mengakibatkan gerakan Islam akan tinggal badan tanpa roh dan kekuatan, akan memberi laluan seluas-luasnya kepada segala jenis kejahatan dan hasad kesumat untuk berbuat apa sahaja terhadap Islam.
Selepas kesemuanya itu, siapakah yang akan menjamin keselamatan umat Islam, kiranya pihak Quraisy dan tentera Makkah mara ke Madinah siapa yang akan menghalangnya, pertempuran mungkin akan berpindah ke pintu masuk Madinah, kemudian mereka akan mara hingga ke tengah-tengah Madinah sendiri, tidak sama sekali, kalau diandaikan berlakunya ketewasan kepada tentera Madinah sudah pasti satu kesan buruk akan menimpa kehebatan kaum muslimin dan maruah mereka.


MAJLIS PERMESYUARATAN

Memandangkan kepada perkembangan mengejut dan berbahaya ini, maka Rasulullah s.a.w pun mengadakan permesyuaratan majlis tertinggi tentera, di mana Rasulullah melaporkan kedudukan terkini, di dalam sidang ini masing-masing mengemukakan pendapat dan pandangan, lapisan awam dan pemimpin tentera semua turut memberi sumbangan dan pendapat masing-masing, di saat ini terdapat sesetengah hati bergoncang dan ketakutan untuk menghadapi pertumpahan darah ini, mereka inilah yang disebut Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:
"Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan mu dari rumahmu dengan kebenaran jua, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak setuju. Mereka membantahmu tentang kebenaran berjihad setelah nyata, seolah-olah mereka dihalau kepada kematian yang sedang'mereka lihat".
(al-Anfal: 5-6)
Bagi pihak pemimpin tentera, Abu Bakar al-Siddiq sendiri berucap dan menegaskan sesuatu yang amat baik, kemudian Umar bin al-Khattab pun berucap dan menegaskan segalanya adalah amat baik, disusuli dengan al-Miqdad bin Amru yang menegaskan: "Wahai Rasulullah teruskanlah sebagaimana yang Allah perlihatkan kepada tuan hamba, sesungguhnya kami tetap bersama-sama tuan, demi Allah kami tidak akan berkata kepada tuan, seperti Banu Israil berkata kepada Musa: "Pergilah dikau bersama Tuhan kau, dan berperanglah kamu berdua kami akan tunggu di sini". Tetapi kami akan berkata: "Ayuh maralah dikau bersama Tuhan kau dan berperanglah, sesungguhnya kami bersama kamu untuk berperang, demi Dia Tuhan yang telah mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya kau membawa kami ke "Birak al-Ghimad" nescaya kami bertempur bersama tuan tanpa menghiraukan apa pun, sehinggalah kita sampai ke sana". Rasulullah membalas kepadanya dengan baik di samping berdoa untuk beliau.
Tiga tokoh tadi adalah dari pimpinan Muhajirin, mereka merupakan majoriti di dalam tentera Islam, seterusnya Rasulullah ingin mengetahui pendapat pemimpin Ansar pula, kerana mereka merupakan majoriti terbesar kekuatan tentera Islam, lagi pun kekuatan tempor terletak pada golongan Ansar, tambahan pula nas Baiah al-Aqabah tidak menuntut supaya mereka berperang di luar kampung halaman mereka, setelah mendengar ucapan tiga pemimpin tadi Baginda masih menyebut: Wahai kalian berilah pandangan kamu, lafaz Rasulullah itu dituju kepada al-Ansar, pemimpin al-Ansar dan pembawa panji, Sa'd bin Muaz segera menangkapi maksud Rasulullah itu dan terus beliau berkata: "Demi Allah, bagaikan tuan hamba memaksudkan kami"? Jawab Rasulullah: "Bahkan".
Sa'd terus dengan ucapannya: "Sebenarnya kami telah pun beriman dengan dikau ya Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar, telahpun kami beri janji-janji dan kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru pada esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata melihat, ayuh bawalah kami ke hadapan penuh keberkatan dari Allah"
Di dalam riwayat yang lain menyebut, Sa'd bin Muaz berkata kepada Rasulullah: "Boleh jadi tuan hamba merasakan bahawa pihak Ansar berpendapat sokongannya kepada tuan hamba hanya di perkarangan kampung mereka sahaja, di sini hamba menegaskan bagi pihak Ansar dan menjawab bagi pihak mereka: Ayuh bergeraklah ke mana sahaja, hubungilah siapa yang tuan hamba suka, putuskanlah hubungan dengan sesiapa yang tuan hamba suka, ambillah harta kami sesuka tuan hamba, tinggalkanlah kadar mana harta harta itu kepada kami sesuka hati tuan hamba, sesuatu yang tuan ambil dari kami itu adalah paling kami senangi lebih dari apa yang tuan tinggalkan, sesuatu yang tuan perintahkan itu, maka urusan kami adalah ikutan kepada suruhan tuan itu, demi Allah sekiranya tuan membawa kami untuk sampai di Birak al-Ghimad nescaya kami turuti. Dan Demi Allah seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi".
Rasulullah terharu dengan kata-kata Sa'd itu dan terasa segar dan bertenaga, kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Ayuh bergeraklah dan bergembiralah dengan berita baik, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan daku salah satu dari dua kelompok itu, demi Allah sekarang bagaikan daku sedang menyaksi kemusnahan kaum musyrikin ".