Thursday, August 30, 2007

Cerita Sahabat 2



Alhamdulillah kepada sahabat-sahabat saya yang selamat sampai balik ke bumi Mesir setelah beberapa hari dan dalam dua minggu lebih juga berada di tanah suci Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah atas tujuan yang baik mengerjakan ibadah umrah, saya berdua dengan sahabat saya pergi menyambut mereka di Safaga iaitu pelabuhan kapal laut mendarat dari Saudi..perjalanan dari Damanhur tempat kediaman kami ke Safaga mengambil masa yang agak lama jugak dalam 9 jam...tu pun pergi saja tu..dan balik pula 9 jam pula...orang arab Mesir kat sana sungguh ramai demo tu yang nak pergi ke Mekkah dan juga yang baru balik pun ramai jugak keadaan amatlah sesak atau zahmah sehingga driver trangko tak mahu masuk dekat untuk mengambil barang-barang sahabat kami semua yang agak banyak jugak la...dan terpaksalah puak-puak kami memikul dan membibit air zam-zam ada yang 10 liter dan juga yang 20 liter agak berat jugak la...tapi kalu minum satu cawan pun tak cukup..



Semasa dalam perjalanan saya hanya membuka telinga je...kawan-kawan agak bersemangat menceritakan pelbagai perkara yang telah dia laluai dengan cabaran, ujian suka dan duka macam-macam lah yang terpaksa diorang hadapi dan tempuhi..ini agaknya untuk menguji keimanan seseorang itu..setara mana imannya...mafhum firman Allah subhanahu wata'ala: apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi?.




Semoga ibadah umrah yang sahabat-sahabat lakukan itu diterima dan mendapat keberkatan dari Allah subhanahu wata'ala dan tahun-tahun akan datang dapat sampai pula dan begitu jugalah saya yang berkeinginan sangat untuk sampai kesana.."ya Allah...pilihlah hambaMu ini untuk menghidu udara, bauan dan sampai ke tanah suci alharam, hajar aswad, raudah, hijir Ismail, solat di belakang maqam Ibrahim dan juga berdoa di mulatazam dll, insyAllah, amin..

Monday, August 20, 2007

Manusia Boleh Masuki Alam Jin?


Bersama Dato' Dr Haron Din

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato' dapat jelaskan....soalan dari; SUBHAN JAMAL,Kuala Langat


Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.

Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini.

Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.
Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya):
"Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu........(hingga akhir ayat)." (Surah al-Anfaal, ayat 48)
Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.
Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.

Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.
Dalam Kitab Gharaib Wa'ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin’.
Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.
Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber'idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber'idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.
Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.
Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.
Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.
Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.
Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati. Wallahua'lam. - Hrkh...lanh

Thursday, August 16, 2007

cerita sahabat


Damanhur- 12 hb ogos 2007 satu rombongan sahabat-sahabat yang merupakan mahasiswa kuliah damanhur telah berangkat ke tanah suci Makkahtul Muqarramah untuk menunai ibadah umrah, rombongan seramai 8 orang. apa yang kami semua harap selamat dalam perjalanan disertai dengan doa dari sahabat-sahabat seperjuangan sekalian dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai ujian baik berat atau ringan.


Antara umrah dan umrah itu merupakan kifarat kepada dosa-dosa yang lalu, ini mafhum daripada hadis Nabi sallallahualaihi wassalam.


Bermulanya perjalanan israk Nabi sallallahualaihi wassalam iaitu dari masjidil haram ke masjidil aqsa, sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala; maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya(Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah denganditurunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya) agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat....terjemahan ayat(1) surah al-isra'.


Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj



khutbah; Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.


Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.


Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)


Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (A-li Imran: 19).


Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85)


Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.


Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.


Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.


Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.


Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.
Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.


Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.


Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.


Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.


Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.


Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.


Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.


Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.


Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.
Firman Allah (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (A-li Imran: 102). – lanh

Saturday, July 21, 2007

Enam Mangsa ditemui Terkorban


Enam mangsa ditemui terkorban



Laporan akhbar hari ini menyebut, semua enam pegawai dan anggota TUDM yang hilang bersama helikopter Nuri sejak Jumaat lalu, terkorban dengan pesawat itu ditemui terhempas di lurah bukit, kira-kira lima kilometer dari terowong Genting Sempah dekat sini, petang semalam.



Pesawat yang dipercayai menjunam sebelum terhempas di lurah sedalam lebih 200 meter itu, ditemui sepasukan lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Terendak, Melaka pada jam 1.24 petang.



Difahamkan, helikopter itu tidak terbakar tetapi kipasnya tertanggal manakala empat mayat mangsa ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan, manakala dua lagi di luar.
Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan jam 8 malam tadi, jenazah semua mangsa masih gagal dikeluarkan berikutan cuaca buruk dan hutan tebal.



Selain juruterbang pesawat itu, Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, dan pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, empat lagi mangsa dikenali Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.



Ketika kejadian itu, semua mangsa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Pesawat itu berlepas jam 9.25 pagi sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian ketika berada udara Gombak.



Pasukan mencari dan penyelamat yang menemui pesawat berkenaan pada operasi hari kelima semalam, sebelum itu turut menghadapi kesukaran menghantar isyarat berikutan cerun terlalu curam.



Isyarat asap pelbagai warna yang dilepaskan dikatakan tidak dapat dikesan beberapa pesawat peninjau termasuk Nuri serta helikopter bomba dan polis akibat kabus tebal.



Rekod Nuri terhempas sejak 1969



Berikut ialah antara rekod kejadian pesawat Nuri terhempas sebelum ini sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.


1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban


1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.


1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.


1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.


1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.


1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan - Perak. 21 orang terkorban.


1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.


1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.


1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang.


1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.


2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.


2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.


2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka. - mks.

Thursday, July 12, 2007

Kewajipan Melaksanakan Hukuman Qisas


Kewajipan melaksanakan hukuman qisas

FIRMAN Allah yang bermaksud; Oleh kerana itu Kami tetapkan (sesuatu hukum) ke atas Bani Israel, iaitu barang siapa membunuh seorang manusia bukan kerana ia membunuh orang lain atau bukan kerana melakukan sesuatu kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia telah membunuh manusia seluruhnya dan barang siapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka seolah-olah ia memelihara nyawa manusia seluruhnya.


Sesungguhnya rasul-rasul Kami telah datang kepada mereka membawa pengajaran-pengajar an yang jelas kemudian ramai di antara mereka sesudah itu menjadi manusia-manusia pelampau di muka bumi. (al-Maidah: 32)


Huraian

Oleh kerana berlakunya banyak pencerobohan, pembunuhan dan pemerasan hak maka Allah Yang Maha Kuasa yang mengetahui keadaan dan perilaku manusia, menetapkan hukuman qisas yang perlu dilaksanakan, iaitu hukuman balas kepada orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja.
Hukuman ini sebenarnya telah dikuatkuasakan ke atas Bani Israel di dalam syariat yang ditetapkan kepada mereka.


Di dalam Islam, perbuatan bunuh adalah satu dosa besar. Membunuh seorang yang lain seolah-olah menyamai perbuatan membunuh seluruh manusia. Tindakan menyelamatkan satu nyawa seolah sama seperti menyelamatkan nyawa seluruh umat manusia.
Hukuman qisas yang wajib dilaksanakan ini mempunyai kesan besar dalam membentuk dan mempertahan hak asasi manusia kerana ia mencegah pembunuhan yang dilakukan dengan sewenangnya oleh orang lain. Ia mempertahankan maruah manusia, mengawal dan membentuk keamanan dan ketenteraman hidup.


Allah merakamkan dalam ayat di atas kecaman terhadap Bani Israel yang ingkar dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dalam bentuk peraturan dan penguatkuasaan undang-undang, Rasul yang didatangkan kepada mereka, mereka hinakan dan rendahkan.
Sikap yang melampaui batas mereka adalah contoh sikap degil golongan yang mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t.


Kesimpulan

Allah yang mencipta manusia, mengetahui perilaku dan sifat manusia, telah menetapkan hukuman qisas untuk membendung salah laku dalam jenayah pembunuhan yang dilakukan manusia.


Sikap Bani Israel yang mengingkari perintah Allah merupakan sikap manusia yang dimurkai Allah s.w.t.
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, June 21, 2007

MUTIARA HATIKU




Setiap kali melintasi sebuah hospital di utara semenajung Malaysia,aku terigat kisah adik su (nama samaran) beberapa bulan lalu. takala aku ditukarkan dari kota bharu ke tempat bharu. Wasiat terakhir orang tua sebelum meninggalkan perkara yg dia wasiatkan ialah jaga adik elok2 pagi pendidikan agama nnti dia besar. Pada mulanya memang kekok untuk berdepan dengan adik su dalam keadaan aku sibuk dengan tugasan harian, tapi menguruskan adik su kurang mudah sikit sebab dia pun masih ketroumaan dengan kehilagan kedua orangtua ku. Detik kenagan indah bersama ibu dan ayah telah hilang lenyap di dalam hidup adik su.


"abe im, su nak abe im tolong hantar su pergi sekolah selalu, ayah datang awal sangat"



"memang la dia kan sibuk nak kene pergi kedai,"jawab ku



pagi yang hening itu adik su, lambat bersiap untuk ke sekolah,aku cuti sem, dia nak aku hantarkan lewat sikit dari waktu biasa, maka ayah yang sedang menuggu adik su terlalu lama maka dia meniggalkan adik su untuk aku,"hantar lah adi ke sekolah tu ayah dah tidak sempat nak menghantarnya lagi. Itulah kata ayah sebelum meniggalkan kami .



adik su yang kehilagan itu merakakan dirinya bersalah, dia merasakan dirinya yang tidak suka ke sekolah awal itu punca segalanya. Sehingga adik su tidak lagi makan seperti biasa, Tidur selalu teringgatkan mereka.suatu hari yang tidak disangka adik su memberitahu yang dia terigat kat ayah dan ma sehingga sakit kepala. Aku menyatakan bahawasanya dia kuat memikirkan dan selalu terigat itulah puncanya. Firasatku begitulah aku cuma memberi dia ubat panadol untuk melegakan sakit sahaja.



selepas 2 hari dia memberitahu makin sakit kepalnya. Aku memberi panadol dan bergegas-gegas kesekolah untuk mengajar kerana sudah lewat. 10.45am aku masuk ke bilik guru untuk rehat kerana tiada kelas untuk hari ini. Sambil memgusik handphone ade 5 miss call."dari rumah ni" bisik hati kecil ku. Kredit abis ada ape la adik su nih.katanya tak leh gi sekolah,aku meminta handphone kawan untuk tel ke rumah tapi tiada jawapan.



1.30pm bergegas-gegas kerumah adik su yang jatuh pengsan,aku membawa ke hospital,setiba di hospital aku di tinggalkan oleh adik su. adik su di bawa ke wad kecemasan dan tidak di benarkan megiringi dia. 3.17pm adik su terpaksa di pindahkan ke hospital utara malaysiakerana penyakitnya semakin kronik. "Barah otak..!!" sesuatu yang megejutkan keluar dari mulut dr. asnan .



8.00pm pemergian mu aku meredhai nya, moga kamu diletakkan di tempat orang-orang yang beriman, air mata jernih tidak putus-putus mengalir dari mata ini megenegkan adik su yang tidak sempat mendapat kasih sayang dari aku selayaknya aku memberi kasih sayang yang terbaik untuknya. Moga adik su akan mendapat hak adik su disana bertemu dengan ayah dan ma, jagan lupa kirimkan salam rindu abe im buat ayah dan ma di sana, abe im tetap mendoakan adik su tetap bahagia di sana. Adik su, untuk pengetahuan adik su,ma dan ayah ni abe im nak perkenalkan kak na, sebagai pengubat hati abe im yang kehilagan kesemuanya, dan adik su bakal menjadi mak su tidak lama lagi. Abe im pasti kalu adik su ada pasti akan menhadi mak saudara yang baik kepada babay akan lahir nanti.



salam sayang dan salam rindu dari abe im sekeluarga.



Friday, June 15, 2007

Memori Kawan


kebenigan malam buat aku terpaku disudut balakoni, megimbau secebis memori yang pernah dilaui bersama-sama kawan dulu kat malaysia...seronok,sedih, letih..itulah jawapanya.


Muzakir..

Kawan yang sederhana, perwatakan seolah2 ade masalah tapi dia yang paling ceria.minat politik,memori bersama KK,mase kat maahad lagi kawan ngan dia..dulu masa kat maahad pelik sikit dia kadang-kadang tu tertawa saya sendirian bila igat kisah tu..maaf la KK.


Rumah Terbakar

Suasana balik kampung tak meriah sangat masa raya haji kali itu,sebab cuti tak panjang,so ramai kawan yang tinggal kat luar dari negeri kelantan ambil keputusa tak nak balik kampung mereka.aku bekas pimpinan pelajar kat mengajak kawan sekelas untuk beraya kat rumah aku saja.

"chu,token, datang raya umah aku jer,raya kelantan best gak"

"tegok lah him.."jawab chu

token pernah pergi tidur kejap kat ruang tamu,"rumah ni best la kalu tidur."gurau token

Jam 12.30 mata rasa megantuk sangat,tapi dekat zohor dah ape nak buat nih..lepas tu aku tak tahan sangat, jadi saya merebahkan badan atas lantai.


Lusa raya la,kene balik rumah jugak petang nih nak siap rumah pulak.

"kir hantar aku balik jap,pakai motor adam la,aku nak balik nih."

"ok"sepatah jer muzakir ni dia memang cakap sikit tapi bernas.

masa tegah perjalanan muzakir yang bawa motor,berenti kat stesen minyak kat wakaf che yeh, masukkan minyak sikit kat motor adam. Tiba-tiba jiran saya call.dah memberitahu saya supaya balik segera, saya pun isyarat kat muzakir supaya bawa motor laju2 sikit. ape yang berlaku kat rumah nih, kami ambil shortcut je.

sampai seberang jalan kat rumah,hanya tiang sahaja yang tinggal,rasa lutut macam lemah saja. Mata saya liar mencari ahli keluarga.

"ma..mana ayah?"

"tegah padam api dengan bomba kat blakang tu."

saya segera mendapatkan adik saya yang bongsu masih menagis lagi.

" dah, la na,abe im ade nih"kami saling bedakapan tanda utuhnya pertalian adik-beradik.

"kir,jom kita pergi solat asar kat masjid dulu,"

Ayah saya seorang yang berhati-hati dalam tindakan,kawasan terbakar budak-budak x boleh masuk.

Kemudian saya dan muzakir masuk megambil sisa-sisa bahan yang boleh digunakan lagi.

terima kasih muzakir,sanggup bergelap bersama kami sekeluarga sehingga waktu maghrib dia bersama.


Tuesday, May 29, 2007

Kenangan Lawatan ke Makam

oleh; adam

makam Syayyid Ibrahim Ad-dasuki


Wali atau para auliya' merupakan orang yang dipilih oleh Allah subhanahu wata'ala dengan dikurniakan beberapa karamah. Baru-baru ini, kami dan sahabat-sahabat membuat lawatan ke makam auliya' yang berada di muhafazah desut, jaraknya tidaklah jauh sangat dari tempat kediaman kami lebih kurang 30 km saja, tambang atau ugrah pergi balik 3 genaih bersamaan lebih kurang RM2 seorang je..kami sahabat-sahabat memilih menaiki trenko untuk sampai ke sana dan dalam perjalanan itu sahabat-sahabat semua di temani oleh abang lama yang banyak tahu tentang latar belakang wali ini..nama wali tersebut sebagaimana yang saya lihat terlirik di pintu masuk dan tertampal juga disisi makamnya adalah Syayyid Ibrahim Ad-dasuki.


gambar di hadapan masjid makam


Syayyid Ibrahim Ad-dasuki yang meninggal pada hari jumaat 26 muharram 1350 iaitu sebelum solat..saya tak pasti solat apa subuh ke..atau solat jumaat..wali Syayyid Ibrahim Ad-dasuki tergolong dari kalangan wali qutub..sebagaimana yang saya tahulah wali qutub ini merupakan peringkat yang teratas sekali kalau kita melihat dari sudut riwayat yang dikatakan dari para wali-wali..sempat juga saya dan sahabat-sahabat bergambar di sana sebagai tanda kenang-kenangan dan bagi sahabat-sahabat yang sampai di sini tidak melepaskan diri daripada berdoa dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata'ala di berhampiran makam..mudah-mudahan ada keberkatan di sana....dan bertawassul diharuskan oleh syarak. semoga kami semua bertambah semangat dan tergolongan dari kalangan orang yang diredhai Allah..amin.

Thursday, May 24, 2007

Dinar Iraq



oleh : che ben




asalamualikum. Ada sedikit iklan untuk kawan2 yang berminat nak memiliki duit dinar iraq,sebagai kenagan dan untuk masa depan. ruangan ini adalah untuk iklan duit dinar iraq daripada kamaruddin abdul karim.sesiapa yang berminatboleh lah hubungi kamaruddin abdul karim di talian 6012-6947073.
untuk keterangan lanjut sila hubungi ustaz din. Katanya untuk simpanan dan kita boleh tukar sekirannya kita mahu dalam tempoh 6-10 tahun lagi. Ceritanya lagi dia berkata duit ini akan naik sepertimana yang berlaku kepada negara kuwait dahulunya jatuh merudum,tetapi sekarang sudah naik stabil, Dulu duit iraq memang lah 3 dolar = 1 dinar iraq (lebih kurang) akibat peperangan berlaku ianya jatuh merudum



Wednesday, May 23, 2007

liverpool kecewa.

oleh : osman mohammad




"kecewa" itulah jawapan dari seorang penyokong liverpool yang mengheret liverpool kalh 1-2 dalam pertarungan dengan AC milan pada malam ini. Osman 25 menyifatkan corak permainan yang di lakukan oleh liverpool itu cantik dan sepatutnya liverpool boleh menang kerana semalam saya mimpi liverpool menang 2-0. " saya mimpi 2 minit pertama liverpool telah menjaringkan 2 gol.

"saya nampak liverpool letih,gerrard sepatutnya main posisi tegah" itulah luahan dari osman yanh kini kan menempuhi peperiksaan esok. Saya harap man dapat menerima hakikat bhawasanya bola itu bulat dah bergantung atas nasib sahaja. Marilah kita menempuhi dunia yang realiti dengan jayanya.


Rahmat..(penyokong AC milan)


"Sebenarnya sudah dijangka Ac Milan akan menang semalam. Liverpool nampak seperti memenuhi jadual saja,tak kan nak tarik diri,nanti malu pulak. Seperti kita lihat Ac Milan nampak kasi peluang utk Liverpool pada separuh masa pertama,dlm keadaan tu pun Ac Milan berjaya menjaringkan gol. Lihat sendiri Liverpool diperkotak katikkan pada separuh masa kedua hanya minit ke-89 Ac Milan sengaja melepaskan gol saguhati utk Liverpool bawa pulang ke England.


Peringkat liga lagi kita lihat Liverpool diperbodoh2kan Arsenal yg hanya bermain menggunakan pemain2 baru. Kekalahan paling memalukan apabila Arsenal mengalahkan Liverpool 6-3. Persoalannya,layakkah pasukan yg kalah 6-3 utk mara ke final??? Tepuk tangan tanya seman,Bidin,Amel dan lain2. Andainya pasukan Liverpool di bawah bimbingan jurulatih arsenal (arsene wenger) tentu Liverpool juara utk semua kejohanan yg dipertandingkan. Liverpool blh cuba lagi tahun depan,tp jgn bermimpi mahu menjuarai apa2 kejohanan,cukupla sekadar memenuhi jadual perlawanan. Kepada Gerrard,tinggalkn je Liverpool,Gerard hanya layak main liga Malaysia. Sila daftar dgn Kelantan fc @ TNB kelantan.




cerita sendiri lah...






"kuaa.......kuaa...kuaa...""alhamdulilah anak laki lah..murah rezki ni.."

itu kot lata2 bidan pada ma. setelah 9 bulan ma menaggungkan saya,tiba lah hari kelahiran yang saya juga tunggu2kan.terima kasih yang tak terhingga ma ku sayang.eim tak tahu nak cakap ape lagi,kalu ade lagi perkataan yang lebih tinggi dari teima kasih pasti ma akan dapat dengar dari anak ma ini.

kemudian di azan oleh ayah kot keteliga. eim pun tak pasti ayah pakai azan mekkah ke mesir ke? yang pasti tiupan azan tu memeng kene lah kat teliga eim nih. Kemudian masuk hari ketujuh mereka bersama atuk(yang kerahmatullah dah, alfatihah) abdul rahim. che tu mmg semua di masukkan kat depan nama mak saudara dan pak saudara. so name yang di daftarkan che abdul rahim. sunatnya bagi nama kat anak pada hari ke tujuh selepas kelahiran.

Rasa Gembira

Saya pun rasa ma dah ayah pasti gembira kerana saya merupakan anak sulung. Kelahiran saya ini selang 2hari mak saudara belah mak melahirkan puterinya. Dengar ceritanya nenek belah mak datang jeguk cucu dia,Masa tu saya tidur laa..maaf nek saya tak sempat nak bagun masa nenek datang. Lagipun saya tak kenal lagi oarang masa tu..nenek terpaksa balik ke kampung sireh pulak mak cik saya nak melahirka anak nya.macam kembar la pulak dengan sepupu saya nih. Saya tetap abang yang sulong.
ayah yang berkerja sebagai buruh binaan pada masa itu sangat gembira.Maklumlah anak yang pertama dilahirkan oleh isterinya yang tersayang( sumber dari cerita dia)

Nenek balik kat kampung sireh pulak nak sambut bayi ke-2. Kemudian terpaksa balik ke thailan kerana anaknya yang ketiga ingin melahirkan anak jugak,ooo jadi 3 serangkai lah kami yang kat sana tu laki lewat 15 hari dari saya dia lahir.nenek banyak berjunag untuk anak2 nya.terima kasih nenek..(almarhumah nenekku,alfatihah)



Kehidupan Masa Bayi

Saya masa bayi nihh mak cerita ade sakit kulit sikit ape nama nya saya pun tak tahu..tapi hari2 kene jemur kat sinaran matahari..panaske??saya pun tak igat..tapi yang pasti saya kadang kene tinggal dalam kereta bayi dalam keadaan menerima cayaha matahari pagi yang boleh meningatkan vitamin katanya. Perkhidamat "sunbathing" di berikan oleh ma dan ayah memang best kerana sayang dan kasih mereka kepada saya. "eim kene jadi jurus deh,nnti sihat boleh jadi kuat ok"kata ayah sambil mendukung saya dan meletakkan saya atas kereta idaman ku.
ayah yang bekerja sebagai buruh binaan pada masa itu amat sikit pendapatannya.saya pun tidak tahu berape,tak pernah tanya pulak.
Masa kecil yang begitu pantas sekali.kehidupan saya pada masa kecil pantas dan saya tidak igat ape2 kecuali ape yang di ceritakan oleh ibubapa saya. saya katanya masa kecil kelakar bila bercakap. Ayoh: eim pasal ape kacau ma solat?eim :pasal malam laa..perkataan pasal-pasar seolah2 same dalam sebutan kelantan..ma ktika itu tidak dapat menahan lalu berdekit2 solatnya.
kak maskah: anak makcik saya ceritanya: eim dulu masa budak pernah ambil gula-gula kat atas rak,projek dia dengan adik saya la..tapi dia tak panjat penakut agaknya. huhuhu..yang panjat tu sepupu dia la perempuan pulak tu. Akak sempat tangkap gambarnya.
itu cerita budak-budak la kak maskah,hehehehe..banyak kisah masa kecil yang saya nakulkan dari kak maskah,abe zul,ma,ayoh,we,dah ramai lagi
Takut kuda
Cerita saya mase kecil mak cik saya beli satu permainan kuda-kuda yang boleh di tunggang,ada tayar tapi ianya bentuk semacam kuda,tapi kecil aja. Masa saya kecil tu nak naik memeng lah takut,tak tahu kena ape. Pada saya ianya terlalu menakutkan. Tapi akhirnya saya boleh jugak naik.



bersambung.....






Monday, May 21, 2007

sambungan...

oleh : ezza- upsi



Tidakkah anda rasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t ini :
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
(Surah Ali Imran : 135)

Begitu juga dengan firmanNya :
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah An-Nisa’ : 110)

Menurut ayat yang lain :
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).”
(Surah An-Nisa’ : 31)

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”
(Surah Taha : 82)
Ketika Musa membunuh seseorang maka dia berkata :
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri , oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku”. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya.”
(Surah Al-Qashah : 16)

Juga firman Allah menjelaskan tentang Nabi Daud selepas bertaubat dan Allah mengampuninya :
“Maka Kami ampunkan kesalahannya itu, dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat nanti).”
(Surah Shad : 25)

Sememangnya Allah Maha Pengasih dan Maha Mulia. Bagaimana tidak, Dia Masih menawarkan rahmat dan ampunkanNya kepada orang-orang yang meyakini adanya triniti. Firman Allah tentang mereka :
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : ‘Sesungguhnya Allah ialah salah stu dari tiga tuhan’. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakana itu, sudah tentu orang-orang yang kafir di anatara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunanNya(sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Maidah : 73-74)
Menurut satu hadis sahih, Baginda Rasul s.a.w bersabda, ertinya : Allah Yang Maha Tinggi berfirman, ertinya : “Wahai manusia, sesunggguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan mengharapKu maka Aku akan mengampuni atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai manusia, seandainya dosa-dosamu itu hingga ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang besarnya seluruh bumi, kemudian datang menemuiKu dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar bumi dan seluruh isinya.”

Menurut satu hadis sahih yang lain Baginda Rasul bersabda, ertinya : “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada waktu malam hari supaya orang-orang yang berbuat dosa pada waktu siang bertaubat, dan Dia membentangkan tanganNya pada waktu siang supaya orang yang berbuat salah pada waktu malam bertaubat, hinggga ketika matahari terbit dari barat.”

Menurut stu hadis qudsi ada disebut ertinya : “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu berbuat dosa pada waktu malam sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka mintalah ampunan kepadaKu, nescaya Aku akan mengampuni kamu.”
Juga disebutkan dalam hadis sahih yang lain : “Kamu semua adalah orang-orang yang sering berbuat dosa, dan sebaik-sebaik orang yang berbuat dosa ialah orang yang bertaubat.”


Pada kesempatan yang lain Baginda Rasul juga bersabda, ertinya :
“ Allah lebih gembira dengan taubat seorang hambaNya di antara kamu, yang duduk di atas tunggangannya, yang sudah tersedia makanan dan minuman. Kemudian tunggangannya itu hilang putus asa, dan ia tertidur. Apabila ia terjaga, tunggangannya itu sudah pun di dekat kepalanya. Kemudian dia berkata : ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan Aku adalah TuhanMu.’ Ia mengucapkan yang demikian kerana terlalu gembira.”

Dalam riwayat sahih yang lain Baginda Rasul bersabda, ertinya : “Sesungguhnya seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian ia mengucapkan : ‘Ya Allah, ampunilah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.’ Kemudian ia berbuat dosa semula, dan selepas itu berdoa semula : ‘Ya Allah ampunilah dosaku, kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.’ Allah berfirman, ertinya : ‘Hamba-Ku tahu bahawa ia mempunyai Tuhan yang boleh mendatangkan seksa atas dosa yang dilakukannya dan boleh pula mengampuni dosa itu. Maka, hamba-Ku pun melakukannya.’”

Pendek kata, selagi hamba itu bertaubat, meminta ampunan dan menyesali perbuatannya maka Allah akan mengampuninya.

Sunday, May 20, 2007

JANGAN BERDUKACITA KERANA ALLAH MAHA MENGAMPUNI DAN MENERIMA TAUBAT

oleh: ezza - upsi

Salam ukhwah..salam pertemuan buat teman-teman. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi bicara hati dan mengimbau perjalanan sebuah kehidupan dalam mencari secebis ketenangan hakiki.

Tiada seindah harapan yang di cari kecuali penerimaan dari Ilahi. Teman-teman, menjerumuskan lagi diri ke lembah yang salah kerana putus asa pada kesilapan lalu bukanlah cara yang terbaik dalam mencari ketenangan hati. Hati tidak akan tenang selagi diri dihantui dosa dan kesilapan silam. Bukan tiada jalan menghapus sisa-sisa duka semalam, bukan tiada jalan memadamkan coretan palsu kelmarin, bukan tiada jalan mencari kesucian hati untuk hari ini, kembalilah padaNya kerana dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Buat teman-teman, ambillah masa sejenak untuk bertelaku menghayati kurniaan diri, carilah hikmat disebalik kejadian yang diberi. Janganlah terlalu cepat putus asa dan menyalahkan diri. Hubungkanlah diri dengan Ilahi, gunakanlah mata hati yang tulus dan ikhlas dalam mendekatkan diri padaNya. Sesungguhnya tiada ketenangan yang mampu mengatasi kurniaan ketenangan dariNya.

Di bawah saya sertakan secebisan kata-kata supaya hati teman-teman dan katiku tidak gundah dan tidak berpaling dalam menginsafi masa lalu kerana kita tahu Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Khas buat teman-teman…

Allah s.w.t berfirman ertinya:
Katakanlah (wahai Muhammad) : ‘Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’.
(Surah Az-Zumar: 53)

Teman-teman, tidakkah firman Allah ini dapat melapangkan hati, menghilangkan keresahan, dan menghapuskan kebimbangan di hati kita.

Nampak jelas bahawa Allah sengaja menyapa manusia dengan kalimat “Wahai hamba-hambaKu.” Berkenaan dengan hikmahnya, sudah tentulah bertujuan menyatukan hati para hambanyaNya dan menyentuh perasaan mereka supaya mendengar ayat tersebut dengan baik. FirmanNya itu jelas menunjukkan bahawa telah dikhususkan kepada orang-orang yang melampaui batas. Hal itu dilakukan Allah kerana mereka merupakan golongan manusia yang paling sering berbuat dosa dan kesalahan. Oleh itu, bagaimana pula dengan kita yang juga sering berbuat dosa dan kesalahan.

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hambaNya berputus asa dalam memohon ampunanNya. Allah memberitahu pula bahawa Dia akan mengampuni sesiapa sahaja yang bertaubat kepadaNya, sama ada dari dosa-dosa kecil ataupun dosa besar.
bersambung....

Tuesday, May 8, 2007

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?


Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman


"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.
Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya "Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.
"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428 H)
http://www.zaharuddin.net/

Monday, May 7, 2007

Melakukan perkara tidak baik



Alhamdulillah.

Kami akan cuba menjawab soalan sdr tanpa nama dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah. (Kami akan memaparkan pandangan 2 tokoh ulama', iaitu Syeikh Dr Mustafa al-Zarqo rh. dan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi).

Majoriti ulama' mengatakan bahawa onani atau istimna' adalah haram, diantaranya adalah Imam Malik yang mengambil dalil firman Allah swt :-


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ . وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ.


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. "


[Surah al-Mukminun : 1-7]


Menurut Mazhab Syafie, mereka meletakkan onani dibawah perkara haram iaitu melepaskan syahwat diluar batasan perkahwinan, sebagaimana ayat 7 surah al-Mukminun. [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340].
Walau bagaimanapun menurut Syeikh al-Zarqo, terdapat ulama' yang merujuk maksud "melampaui batas" sebagai Zina, dan bukan onani. Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa mani adalah barangan lebihan, maka boleh dikeluarkan seperti memotong daging yang berlebihan. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Hazm. Akan tetapi ulama' Hanafi membenarkan cuma pada 2 perkara :-

a. Kerana takut Zina

b. Kerana tidak mampu berkahwin.

Kata al-Qaradhawi lagi :
ويمكن أن نأخذ برأي الإمام أحمد في حالات ثوران الغريزة وخشية الوقوع في الحرام؛ كشاب يتعلم أو يعمل غريبا عن وطنه، وأسباب الإغراء أمامه كثيرة، ويخشى على نفسه العنت، فلا حرج عليه أن يلجأ إلى هذه الوسيلة يطفئ بها ثوران الغريزة، على ألا يسرف فيها ويتخذها ديدنا. "


Kita boleh mengambil pendapat Imam Ahmad dalam keadaan keinginan yang memuncak dan takut terjatuh kedalam perkara yang haram! Contohnya seorang lelaki yang belajar atau bekerja di tempat yang bukan tanahairnya, dan dugaan (temptation) yang dihadapannya banyak, dan dia takut akan masalah yang akan menimpa, maka tidak berdosa keatasnya mengambil cara ini untuk meredakan keghairahan tersebut, dan agar dia tidak melakukan berlebihan atau mengambilnya sebagai tabiat".


Kebenaran yang dibenarkan oleh al-Qaradhawi adalah berkondisi, iaitu bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar; iaitu zina. Menurut beliau adalah lebih afdal mengikuti apa yang ditunjukkan oleh Nabi bagi mereka tidak mampun berkahwin; iaitu memperbanyakkan berpuasa, dimana puasa mempertingkatkan will power, mengajar kesabaran dan menguatkan kecekalan untuk bertaqwa, dan keyakinan terhadap muraqabah Allah pada setiap jiwa manusia, sebagaimana sabda Nabi :


يا معشر الشباب، من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء.


"Wahai orang muda, sesiapa diantara kamu yang mampu berkahwin, berkahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah perlindungan baginya" [hadith Bukhari]. [al-Qaradhawi, al-Halal wa al-Haram fi islam, cet ke 27, Maktabah Wahbah, 2002], ms. 153].


Kesimpulan yang boleh kita ambil dari Dr Mustafa Zarqo rh. didalam Fatwanya : "Saya menyimpulkan bahawa prinsip umum Syariah menentang tabiat ini, kerana ia bukan cara tabie/normal memenuhi keinginan seksual, bahkan perbuatan ini adalah tersasar (deviation), ini sudah cukup mengutuk dan membencinya, walaupun ia tidak termasuk haram yang dikategorikan sebagai zina.


Walau bagaimanapun, hukum disini jatuh pada hukum keperluan, yang juga merupakan kaedah syariah. Sebagai contoh, jika seseorang takut bahawa dia akan melakukan dosa yang lebih besar, seperti Zina, atau memudaratkan seseorang akibat tidak siuman, maka larangan onani

diringankan untuk menghilangkan kesukaran, berdasarkan kaedah syariah yang mengatakan "keperluan di hukum menurut keadaan yang membenarkannya"." [Fataawa Mustafa al-Zarqo, ms340, cet ke 2, Dar al-Qalam, 2001, ms 341].


Sekian. wassalam.

Friday, May 4, 2007

Ketenangan Jiwa..


Ketenagan atau kedamaian adalah berpunca dari tekanan
atau keserabutan yang memeningkan kepala atau jiwa.
Pergolakkan dalam jiwa menyebabkan kita tidak tenang.
untuk meringankan tekanan dengan mendapat ketenagan.
Setiap orang menghadapi tekanan, cuma dalam level yang berbeza
dan cara mengatasinya pun berbeza.

Atasinya dengan 11 tip ni.

1) Biasakan Diri Berada Dalam Keadaan Berwuduk
Jiwa kita akan jadi lebih tenang jika kita biasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

2) Banyak Membaca Al-Quran dan zikrullah
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Cadangan baca “Ya latif” boleh melembut jiwa kita.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadah kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah mengaanggap semua itu hanya sementara, tiada ujian yang aan kekal. Bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Berlapang dada
Berlapang dada dan toleransi dalam setiap perbincangan dan apa yang berkaitan dengan persahabatan.dalam persahabatan menjadi lumrah rasa tidak puas hati dan sebagainya.dalam berukhwah ini hassan al-banna telah meletakkan serendahrendah ukhwah ialah berlapang dada.

6) Lakukan Kegiatan Luar - Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Mendengar Alunan Zikir
Mendegar alunan muzik atau nasyid yang boleh mendidik jiwa kita,seperti alunan zikir2 munajat dari hijjaz.yang di cadangkan nasyid “air mata keinsafan” hijjaz kita perlu menghayati lirik dah ambil “feeling” dengan muzik lembut dah dan boleh mendatangkan keinsafan kepada kita.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu atas sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka tu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.

11) senyum selalu.
Mulakan kehidupan dengan senyuman yang ceria.kerana dengan senyuman dapat melembutkan hati seseorang.senyuman yang ikhlas dari hati boleh memberi satu inspirasi baru dalam kehidupan kita,juga rahsia awek muda.kalu tidak ade duit senyuman juga sebagai sedekah.

Wednesday, April 25, 2007


Risalah Ta’alim (as-Syahid Imam Hasan al-Banna)


Segala puji bagi Allah serta salawat dan salam buat imamul muttaqin, panglima para mujahidin, junjungan kita Muhammad s.a.w, seorang Nabi yang amanah serta buat kaum keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mengikut pimpinan mereka hingga ke hari kiamat.


Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan Ikhwan al-Muslimin. Mereka yang meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka yang mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran yang perlu dihafal tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal, wahai saudara yang jujur.


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Taubah: 105)


Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An‘am: 153)


Buat yang lain selain daripada mereka ini ada pengajian, ceramah, buku dan artikel, gaya dan kaedah yang khusus untuk mereka. Setiap umat ada arah yang dituju. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan. Semuanya dijanjikan Allah kebaikan.
Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua.


Hasan al-Banna
---------------------------------------------------Saudara yang jujur
Rukun baiah kamu ada sepuluh, hayati dan hafallah:


1. Faham.

2. Ikhlas.

3. Amal.

4. Jihad.

5. Berkorban (Tadhiyah)

.6. Taat.

7. Thabat.

8. Tajarrud .

9. Bersaudara (Ukhuwwah).

10. Thiqah.


Wahai Saudara Yang Jujur,


1. Faham

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Faham:


Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:


1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.


2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.


3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.


4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma’thur.


5. Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat. Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian (ta’abbud) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud.


6. Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak kitab Allah dan sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan..


7. Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu’ hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan. Jika dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.


8. Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi sebab untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kemesraan dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.


9. Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan secara mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang oleh syarak. Ini termasuklah tindakan mencambah hukum-hakam yang masih belum berlaku, mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh sains, berbincang mengenai kemuliaan seorang sahabat berbanding sahabat yang lain dan persengketaan yang berlaku di kalangan mereka. Setiap sahabat ada kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi dan mereka akan mendapat pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang dibenarkan.


10. Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang paling suci. Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan apa sahaja yang berkenaan dengannya kita yakini sepertimana yang disebutkan itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali. Kita tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. (Aali Imran: 7)


11. Setiap amalan bid‘ah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak berasas (diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan yang lebih buruk.


12. Bid‘ah yang dilakukan dengan cara menambah ataupun meninggalkan atau beriltizam dengan mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan pendapat dari sudut fikah. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukti.


13. Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan baik yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh firman Allah:
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

(Yunus: 63)


Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Namun perlu diyakini mereka yang diredai oleh Allah ini tidak mampu mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk melakukannya kepada orang lain.


14. Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyariatkan dengan cara yang dinyatakan oleh sunnah. Walaupun bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur walau siapapun mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada mereka dari dekat atau jauh atau bernazar untuk mereka atau membuat binaan atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur atau menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain daripada nama Allah atau apa sahaja bid‘ah yang berkenaan dengannya adalah dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.


15. Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan salah satu makhlukNya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa dan bukan masalah akidah.


16. Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti dan dilaksanakan menurut erti istilah tersebut. Di samping itu budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh nama tersebut.


17. Akidah adalah landasan kepada amalan. Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan. Melakukan yang terbaik dalam kedua-dua amalan ini adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.


18. Islam membebaskan akal dan menggalakkan manusia memerhati alam semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Islam juga mengalu-alukan segala perkara yang baik dan bermanfaat.


“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”


19. Ada pandangan syarak yang tidak bertepatan dengan pandangan akal namun akal dan syarak tidak akan bertembung dalam soal yang pasti. Penemuan sains yang sah tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Bagi perkara yang tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya bertepatan dengan apa yang pasti. Bagi perkara yang tidak dapat dipastikan oleh syarak dan oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.


20. Kita tidak mengkufurkan seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah dan masih mengamalkan tuntutan dua kalimah syahadah serta menunaikan amalan fardhu -sama ada mengikut suatu pendapat atau kerana melakukan suatu maksiat-kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau menolak sesuatu yang menjadi asas agama atau tidak mempercayai kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.


Setelah seorang muslim memahami agamanya berpandukan asas ini barulah dia memahami apa yang sering dilaungkannya:“ Al-Quran adalah perlembagaan kami dan rasul adalah ikutan kami.”


2. Ikhlas

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ikhlas:


Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.
3. Amal

(Kerja)Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Amal:


Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Taubah: 105)


Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur ialah:


1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.


2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.


3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.


4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.


5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.
Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin. Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat ketika menggunakannya.
Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara, menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan dakwah.
Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan harta.
Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai Allah.


6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.


7. Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39)Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya. (Al-Taubah: 32)
Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan oleh setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. Betapa beratnya tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. Manusia akan melihat semua ini suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu kenyataan. Kita tidak akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi kepada Allah.
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)


4. Jihad


Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Jihad:
Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”
Tahap pertama jihad ialah mengengkari dengan hati dan tahap yang paling tinggi ialah perang di jalan Allah. Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang kejam. Dakwah ini tidak akan bererti tanpa jihad. Sehebat mana dan seluas mana dakwah ini sehebat itulah juga jihad yang diperlukan dan sebesar itu jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun ganjarannya juga besar untuk mereka yang berusaha.
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Haj: 78)
Dengan ini barulah anda faham apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan: “Jihad adalah jalan kami.”


5. Berkorban


(Tadhiyyah)Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Berkorban:


Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. (Al-Taubah: 111)
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu… (Al-Taubah: 24)
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah.. (Al-Taubah: 120)
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)
Dengan ini anda memahami apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan:“Mati di jalan Allah adalah cita-cita utama kami.6. TaatApa yang saya maksudkan dengan taat:
Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga:
Pengenalan (Takrif)Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum.
Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah.
Pembinaan (Takwin)Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah “perintah dan taat” tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini.
Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah “ketaatan mutlak”.
Pelaksanaan (Tanfiz)Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui “ketaatan mutlak”. Barisan Ikhwan al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359.
Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini.
7. Tabah


(Thabat)Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Tabah:


Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)
Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar.
Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa.
Mereka bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra’: 51)


8. Jatidiri (Tajarrud)


Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Jatidiri:


Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)


Bagi saudara yang jujur, manusia terbahagi kepada enam kumpulan:
1. Muslim yang berjihad.

2. Muslim yang berdiam diri.

3. Muslim yang melakukan dosa.

4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.

5. Manusia yang berkecuali.

6. Manusia yang memusuhi.


Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.


9. Persaudaraan (Ukhuwwah)


Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan:


Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


10. Percaya (Thiqah)


Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Thiqah:
Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa’: 65)
Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.
Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)
Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan. Oleh itu, setiap akh yang jujur perlu menyoal dirinya soalan-soalan berikut bagi mengetahui sejauhmana kepercayaannya kepada pimpinannya:


1. Adakah dia mengenali siapakah pemimpinnya sebelum ini dan telah mengkaji latar belakangnya?


2. Adakah dia yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya?


3. Adakah dia bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, di samping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik?


4. Adakah dia bersedia untuk merasakan kemungkinan bahawa pendapatnya salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak?
5. Adakah dia bersedia untuk meletakkan kehidupan hariannya di bawah telunjuk dakwah? Adakah pemimpin pada pandangannya berhak menentukan apa yang lebih penting antara kepentingan peribadinya dengan kepentingan dakwah?


Berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan ini atau yang seumpama dengannya, seseorang akh akan meyakini sejauhmana hubungannya dengan pimpinan dan sejauhmana dia mempercayai kewibawaannya. Namun hati-hati manusia di tangan Allah dan Dia mentadbir hati-hati ini menurut kehendaknya.
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal: 63)
Wahai Saudara yang jujur,
Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini:


1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.


2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.


3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.


4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.


5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.


6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.
7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.


8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.


9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.


10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.


11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.


12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.


13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.


14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik. Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.


15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.


16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.


17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.


18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.


19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.


20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.


21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.


22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.


23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.


24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.


25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.


26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.


27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.


28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.
29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan. Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.


30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.


31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui (***403) taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.


32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.


33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.


34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.
35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.


36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.


37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.


38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.
Wahai Saudara Yang Jujur,
Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:
• Allah adalah matlamat kami.• Rasul adalah ikutan kami.• Al-Quran adalah panduan kami.• Jihad adalah jalan kami.• Mati syahid adalah cita-cita kami.
Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:
• Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.
Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa terbuka luas.
Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredaan di akhirat. Di kala itu, anda menjadi sebahagian daripada kami dan kami menjadi sebahagian daripada anda. Namun jika anda menolak dan berpeluk tubuh tiada lagi hubungan di antara anda dan kami walaupun anda begitu menonjol dalam majlis kami atau anda menjawat jawatan yang tinggi di kalangan kami atau anda terkenal dengan penampilan yang hebat. Anda akan dihisab oleh Allah sekeras-kerasnya kerana sikap anda yang berpeluk tubuh. Buatlah pilihan dan kami memohon semoga kita semua beroleh hidayah dan taufik Allah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
1. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya.”
2. “Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”Al-Saf: 10-11.
3. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu.”
4. “Dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.”
5. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah.”
6. “Dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Saf: 12-13)


Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibnu Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Al-Saf: 14)


Semoga anda beroleh salam, rahmat dan keberkatan Allah